Thursday, May 12, 2011

Indahnya ciptaan Mu



Salam,
koHari ini,,aku menyusuri damai diberikan tuhan dengan ketenangan dan penghayatan. Menjalani rutin-rutin harian sebagai seorang insan. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana dengan keizinanNya aku masih mampu bernafas, menghirup udara segar jauh dari hiruk-pikukta, menikmati lukisan-lukisan Tuhan dengan penuh rasa kesyahduan. Ya Allah, sungguh indah bumi ciptaan Mu ini tuhan..

Keindahan landskap semulajadi ini adalah sala satu perkara yang aku begitu kagum. Luar dari batas pemikiran manusia, terbentuknya gunung ganang, laut membiru, hutan menyejukkan yang semuanya saling berkait memberikan nafas untuk manusia terus bernyawa. Namun, sedikit terkilan kerana ada segelintir manusia yg tidak pernah menghargai semua itu..hutan ditebang, gunung diteroka..apa dosa mereka..adakah pembangunan semata mata yang penting dalam dunia moden ini.

Ya, aku memang seorang pencinta keindahan alam..aku sukakan kehijauan..aku sukakan udara segar..aku xsuke pencemaran,,berhimpit2 dan benda2 menyusutkan..memang kusut! Tapi,aku sendiri kadang- kadang tidak pasti, berapa lama lagikah keindahan semua ini akan kekal,apakah generasi aku seterusnya tidak akan diberi peluang lagi untuk melihat keindahan semulajadi ini yang telah ditelan kemodenan?aku sendiri buntu memikirkannye.


No comments:

Post a Comment